Sambungan bab1 Falsafah: Pendekatan falsafah
1.3 Pendekatan Falsafah Kneller (1971) menyatakan bahawa aktiviti falsafah terbahagi kepada tiga cara atau stail iaitu falsafah spekulatif, falsafah preskriptif dan falsafah analitik. Falsafah spekulatif ialah satu cara pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Ia juga satu proses mencari susunan dan keseluruhan yang tidak hanya tertumpu kepada satu item atau pengalaman tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman. Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu yang wujud, iaitu berdasarkan hakikat bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginan untuk melihat sesuatu secara keseluruhan yang bermakna. Misalnya apabila kita melihat pemandangan yang indah, fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada keindahan itu semata-mata, tetapi akan menjelajah ke perkara lain yang lebih khusus yang mewujudkan keindahan itu. Cara ahli falsafah spekulatif ini dapat dilihat melalui perbuatan kita sehari-hari. Falsafah spekulatif berusaha untuk mencari ...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete